Sunday, January 10, 2010

Aku seorang Ayah


Tidak keterlaluan jika dikatakan sambutan maal hijrah tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidup saya.Ini bukan kerana kemeriahan sambutan bulan muharam ataupun acara memasak bubur asyura sebagaimana lazimnya.Tetapi kegembiraan ini adalah kerana lahirnya seorang putera yang diberi nama Wan Umar bin Wan Ahmad lutfi.Zuriatku yang pertama hasil perkongsian hidup dengan isteri yang tercinta lagi dikagumi.Nama itu dipilih bersempena dengan kehebatan khalifah Umar r.a yang sangat berani itu.Secara kebetulan,atuk saya pun bernama Wan Omar.Moga2 ada keberkatan dengan pemilihan nama ini. Maka pada 2 Muharam 1431 bersamaan 19 Dizember 2009,pada pukul 5am tergalaslah satu lagi tanggungjawab yang cukup besar di atas bahuku ini.
Pengalaman pertama menyambut kelahiran ini sedikit sebanyak menjadi pengalaman yang berguna pada hari yang mendatang.Pada sekitar 9am saya mendapat panggilan daripada isteri yang berada seorang diri dirumah ketika saya sibuk membuat locum.Setelah tergesa-gesa menyiapkan tugasan,saya segera pulang kerumah dan terus menghantar isteri ke Hospital Serdang.Ketika itu,isteri saya belum lagi sakit.Cuma keluar air ketumban.Setelah membuat pendaftaran,dia di masukkan ke wad.
Lebih kurang pukul 6pm,barulah isteri merasa sakit.Kesakitan ini bermula agak perlahan dan semakin lama semakin menyakitkan.Pada sekitar pukul 11pm,Setelah contraction berlaku dengan lebih kerap,barulah isteri di hantar ke labour room.Dalam labour room,suami dibenarkan menemani isteri. Saya semestinya berada disisinya tidak putus-putus menenang dan memberi kata-kata semangat.Tidak ragu-ragu lagi,ketika dan saat inilah para ibu dikatakan bertarung nyawa untuk sebuah kelahiran.Tidak sanggup rasanya melihat isteri berkeadaan begitu.Apakan daya,inilah jalan kehidupan yang harus dihadapi oleh semua ibu yang didalamnya mengandungi pelbagai hikmat yang boleh semua fikirkan.Jikalau kesakitan itu boleh dikongsi,mahu saja saya menanggung sebahagian rasa itu.Segala petua dan ayat-ayat yang dipelajari digunakan.Semua staff yang bertugas bertungkus-lumus membantu dan tak putus-putus memberi semangat kepada isteri.Sesekali dia meraung dan menjerit kesakitan.Sungguh azab saat itu.Sesungguhnya aku sangat mengagumi tanggungjawab kaum hawa ini.Dengan segala kudrat yang masih bersisa,isteri terus meneran dan meneran..
Pada pukul 5am,akhirnya lahirlah seorang insan yang bernama Wan Umar yang bakal menjunjung segala titah dan perintah Allah yang menciptakannya.Dialah yang diibaratkan dengan kain putih,dan akulah bertanggungjawab mencorakkannya.Alhamdulillah,semuanya selamat..Terima kasih kepada isteri yang melahirkan Umar yang comel.Terima kasih juga kepada semua kakitangan Hospital Serdang yang terlibat.Pastinya Allah memberi ganjaran yang setimpal diatas tugas mulia anda semua.

4 comments:

  1. KP,
    Alhamdulillah...
    telah selamat menimang cahaya mata. Semuga Umar menjadi umat islam yang beriman dan diberkati..amin. Semuga Umar mencontohi saidina Umar al-khattab dan umar abdul aziz.

    ReplyDelete
  2. tahniah dengan penerusan zuriat. semoga keluarga anda bahagia berpanjangan.

    ReplyDelete
  3. Tahniah di atas kelahiran Umar. Semoga Umar kamu dan Umar saya juga akan menjadi anak yang soleh dan taat. Amin

    Hanie..

    ReplyDelete