Friday, December 11, 2009

Hari Keluarga

Pemandangan dari bilik penginapan.
Bersama kawan2 di hadapan lobby setelah majlis makan malam.


Pada 21 dan 22 hb 11 baru2 ini, Jabatan tempat saya berkerja telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Berjaya Hill,Bukit Tinggi Pahang. Seingat saya, inilah kali pertama hari keluarga di adakan semenjak aku bertugas di sini. Unit dibuka seawal 5am bagi memastikan semua pesakit selesai menjalankan rawatan dialysis sebelum pukul 3pm. Setelah berhempas pulas menyelesaikan tugas, akhirnya kami berkonvoi menuju Bukit Tinggi dengan kereta masing-masing. Lebih kurang dua jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke Bukit Tinggi. Kami semua menetap di Colmar Tropicale. Sungguh indah pemandangan di sini. Bangunan yang dibina semuanya bercirikan seni bina Perancis.Terasa bagaikan bercuti di luar negara pula. Namun cuacanya tidaklah sesejuk yang saya fikirkan. Masih lagi terbayang-bayang dua pasang 'swan' berenang di dalam kolam bawah jambatan yang dibina dengan teguhnya itu.



Aktiviti yang dirancang,berjalan dengan meriahnya walaupun tidak dapat menuruti jadual tepat pada waktunya. Acara yang paling meriah pada majlis makan malam itu ialah ketika persembahan secara berkumpulan berlangsung. Ada kumpulan yang menari poco-poco,ada yang memperagakan tarian arab dan ada juga kumpulan yang menari mengikut lagu 'Bunyi Gitar'. Kagamatan hampir-hampir meruntuhkan pentas pada malam itu. Terutama ketika 'Bos' turut sama- sama menari. Saya yang ditugaskan sebagai MC malam itu agak tergagap mengacarakan majlis malam itu.Masa terlalu suntuk untuk membuat persediaan,tambahan pula saya bukan ahli dalam bidang pengacaraan ini. Apapun ia tidaklah terlalu menjengkelkan.
Anak-anaklah merupakan orang paling gembira pada malam itu. Mereka disajikan dengan pelbagai sukaneka dan banyak sekali hadiah diberikan. Ada yang namanya tidak dipanggil pun turut naik kepentas untuk menerima hadiah. Sungguh meriah dan melucukan. Bagi staff pula setiap orang tidak terlepas menerima hadiah cabutan bertuah.

Kenangan bersama isteri di hadapan dewan seminar Colmar Tropicale.

Pada hari terakhir sempat juga saya dan isteri serta rakan-rakan melawati taman 'Japanese Village' dan 'Botanical Garden' dengan menaiki kenderaan yang disediakan pihak Colmar Tropicale.Ketinggian Taman ini mencapai 3500kaki dari paras laut. Seketika waktu isteriku hampir terlupa bahawa dia sedang sarat mengandung kerana terlalu bersemangat memanjat tangga taman ini. Banyak sekali gambar yang di rakamnya.Pendek kata hampir setiap sudut yang menarik tidak terlepas untuk di rakam dengan kamera compact Panasonic Lumix nya itu. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Moga tahun depan diadakan lagi hari keluarga seperti ini.

7 comments:

  1. KP,
    Jelezzz akak sebab keluarga nephro buat hari keluarga kat Colmar Tropicale... tahun depan nak pujuk boss bawak anak buahnya ke Colmar Tropicale pulak....

    ReplyDelete
  2. saya pernah pergi 2 kali. ia memang menenangkan.berada di japanese village boleh buatkan saya terlupa ada kerja di pejabat.

    ReplyDelete
  3. Akak,Tmn Desa water Park tak kurang hebatnya. InsyaAllah kalau pandai bodek tahun depan kat Colmar Tropicale plak.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih dan Slmt Datang kelisa samudera.Walau saya tak mengenali anda,tapi saya suka cara kamu berfikir.

    Memang betul apa yang anda katakan.Isteri sy pun lupa dia sedang mengandung bila tiba di sana.

    ReplyDelete
  5. kopiah puteh : kita mungkin tak pernah mengenali sebab sebenarnya saya lebih mengenali kembar anda di pakistan.

    ReplyDelete
  6. KP: saya pernah pergi sekali sahaja..itupun bersama en kelisa..sekali pandang, anda saling tak tumpah seperti kembar anda meskipun kembar anda tidak pernah meletakkan fotonya di dalam blognya..Salam Perkenalan en KP :)

    ReplyDelete
  7. GM:Terima kasih sudi bertamu.Kalau pandang 2x mesti ada bezanya.Assalamualaikum..

    ReplyDelete