Friday, November 6, 2009

Bermula sebuah keluarga



Bayangkan dua tahun setengah berjauhan dengan isteri kerana melanjutkan pelajaran,tiba-tiba ianya berakhir pada hari ini. Kegembiraan ini ditambah lagi dengan kelahiran zuriat sulungku yang diramalkan pada sekitar hujung bulan Disember ini,Insya Allah. Semua ini nikmat dari kudrat dan IrodatNYA.

Sangat manis kenangan perpisahan isteriku dengan rakan-rakan pengajiannya. Aku dapat melihat serta merasainya. Mereka merancang suatu majlis perpisahan yang sangat meriah. Semasa perjalanan pulang, kami singgah di Melaka untuk bersama-sama menghabiskan masa dengan melawat tempat-tempat bersejarah di sana sambil menangkap gambar sebagai kenangan terakhir bersama.Terasa seolah-olah melawat sambil belajar sewaktu sekolah dulu. Setelah penat berjalan,kami menginap di Everly Resort Hotel, Malacca. Sebenarnya inilah pertama kali aku dan isteri berpeluang menginap di hotel. Keesokan paginya aku dan isteri bertolak pulang kerumah dengan kereta yang penuh dengan barang-barangnya.

Selepas ini aku tak perlu lagi ke Hentian Pudu yang sesak dan membosankan itu untuk hantar isteri menaiki bas ke Johor. Aku sangat benci Hentian Pudu yang banyak berjasa ini. Terdapat ramai ulat-ulat tiket yang bodoh dan tak perlu wujud itu. Peniaga-peniaga gerai makan di sini kelihatan sangat lapar yang lebih lapar dari pelanggan-pelanggan yang makan di gerainya. Dengan sesuka hatinya mereka menghalang laluan orang ramai supaya duduk makan di kedai mereka. Jalannya yang sangat sesak.Sudah beberapa kali aku disaman kerana parking di bahu jalan di sekitar Hentian Pudu ini.Aku tidak perlu melalui semua ini lagi.

Masalah sekarang,bila lagi pihak yang menyelenggara quaters kakitangan hospital akan memanggil aku untuk menyerahkan kunci rumah. Khabarnya nama aku telah tersenarai. Seboleh-bolehnya aku ingin menyambut putra sulungku di sebuah rumah yang lebih selesa.

4 comments:

  1. KP,
    akak pun tumpang gumbira membaca entry isteri KP pagi tadi.. ALhamdulillah, berkat ketabahan KP dan isteri akhirnya dapat bersama-sama untuk menyambut kelahiran 'putra' sulung. (ALhamdulillah kali kedua...)
    Akak doakan juga mudah-mudahan KP dapat berpindah di quarters. Amin.

    ReplyDelete
  2. TQ Ibu n Abah.Pasal quaters 2 xtaula.Dah lama tunggu,tp xpanggil2.Due dah makin dekat.Rasa2nya baby perlu naik tangga lagila..

    ReplyDelete
  3. Macam very familiar dengan yang berdiri di barisan kedua dari depan. Kalau tak silap, tu sameer kan?

    Hanie..

    ReplyDelete
  4. Ya,dia memang Sameer.Mcm mana Hanie kenal dia?xBoyfriend ke??

    ReplyDelete